Showing posts with label Rekreasi. Show all posts
Showing posts with label Rekreasi. Show all posts

Monday, April 26, 2010

Celoteh 32:Ada Brani????: Misi Perdana de'Everest Tibet 2011

Semalam induk berpeluang menghadiri Majlis Pelancaran Misi Perdana de'Everest 2011-Tibet di Dewan Perdana Felda,KL atas jemputan seorang rakan gunung...(tqvm Idwan).Korang layan la dulu gambar-gambar nie...cerita akan menyusul kemudian..bukan apa..adakalanya gambar tu boleh menzahirkan pelbagai cerita...nt induk sambung lagi yee...layann..




Plate pelancaran...sebenarnya patah dua masa gimik pelancaran...pak menteri ketuk terkuat agak nyer nak keluarkan dari ais..sempat dia org sambungkan...(x jangka lak patah kot)



Induk salute kat Ketua XPDC nie...umur dah 68 tahun...syabas Dato ( Dato'(Dr) Hj.Khalid b. Yunus...moga berjaya..induk doakan kejayaan tu...



Pelancaran di sempurnakan oleh MENTERI BELIA DAN SUKAN Y.B DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK....




Pendaki negara bergambar bersama Jalur Gemilang...kebangaan negara..



Induk & rakan2 yang lain nie sebenarnya menumpang saat2 kegemilangan yg mungkin akan menjadi sejarah negara jer...sama2 lah kita doakan kejayaan dia orang nie..bukan senang nak MENUJU PUNCAK kan...!!!!

Thursday, April 22, 2010

Celoteh 31: Gathering Geng Gunung

Baru-baru nie induk & geng-geng gunung buat gathering di Gunung Datuk,Rembau...kira2 10 minit drive dari rumah induk.Kebanyakkan geng2 ni kami kenal semasa pendakian di gunung-gunung di seluruh Malaysia nie...peramah org Malaysia nie kan..jumpa dalam hutan pas tu bleh jadi sahabat...



Ada yang dari Johor Baharu...Kuantan...Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan..sebenarnya dah lama kami x bertemu...masa jumpa dia org dulu..sume masih bujang dan dara..alih-alih bila berjumpa kembali...anak2 dia orang dah besar2..he..he..ramai rupa nya cucu gunung induk..kiranya ni sesi untuk mengenalkan anak-anak dia org ngan hutan laa..so kita orang tidur satu malam bawah kaki gunung nie..



Sampai di kaki gunung..terus pasang khemah..kejap jer beb..walaupun dah lama kita orang x camping tapi skill masih ada..he..he..



Khemah dah siap..apa lagi...makan time ler..BBQ..kambing..ayam...& apa saja yg boleh di bakar kami bakar...& berbual...makan...berbual x berhenti2...ganti balik cerita yang dah bertahun2 tak berjumpa tu..seronok sangat moment nie..



Minah tiga orang dalam khemah nie terkenang zaman-zaman dia orang aktif dulu ler tu..la nie masuk hutan sesekali saja coz dah ada beg tangan..he..he..tak apa dik oii..anak2 dah bosar nanti..mendaki la balikk...tu pun kok tak pancitt...induk nie ha..mendaki Bukit Tampin pun dah pancitt...ghaso nak gugur jantung den..he..he..



Mamat Kyroll nie..walaupun dengarnya tak teruja dengan daging kambing..tapi dek kes nak hangatkan kengkawan yang tak sempat datang sanggup gak menganggakan mulut die..he..he..



Sebelum dia orang balik...induk jamu dia orang dengan masakan nogori kat rumah induk..apa lagi..masak lomak cili api ler..ikan sembilang..puyuh goreng & macam2 laie ler..



Dan induk sempat jugak bawa dia orang melawat Replika Istana Raja Melewar yang ada kat kampung induk..ramai gak pelancong yang datang ke sini..Kiranya ada geng-geng yang minat utk mendaki Gunung Datuk...bleh la sound2 induk kat sini..welcome..

Tuesday, December 1, 2009

Celoteh 17: Mount Kinabalu 10.10.2010


Tetiba je ari ni induk terkenang saat-saat pahit, manis,maung semasa induk mendaki G.Kinabalu pada 08.08.2008..walaupun semasa mendaki induk rasa induk lah insan yang paling bodoh masa tu kerana bermati-matian dan bertungkus lumus memerah tenaga untuk menuju ke puncak Kinabalu...seingat induk masa tu ialah..apa lah bodoh sangat aku nie..elok2 lepak kat rumah bersenang-lenang..alih2 poi menyusahkan badan mendaki gunung...apo yang eden dapek???



Sebenarnya ini adalah pendakian kedua induk ke puncak Kinabalu..pendakian pertama pada tahun 2003...pada masa tu..perasaan induk sama ...kalau sapa2 ajak..upahkan banyak manapun induk x nak pegi..he..he..kalau nak tau..selepas turun dari gunung tu...kalau tengok tangga ke..bukit ke...apatah lagi gunung memang induk menyampah...tetapi sebaliknya apabila rakan2 ( lobih2 laie acikkaw & uncle ) pujuk induk utk mendaki lagi..induk kuatkan semangat untuk pergi...walaupun kederat x seberapa???

Kalau nak tahu...pemandangan sepanjang pendakian memang amat menarik...induk x dapat nak cerita dengan lebih lanjut...x thrill la..kalau nak rasa boleh la poie...untuk abg poning...polekbona & geng2 lain kok nak poie jom la...ada brani????

Sementelahan itu...serik ke..menyampah ke..yang pastinya akan ada lagi trip ke Kinabalu...iaitu pada 10.10.2010...setakat nie dah ada lebih kurang 15 orang pendaki2tegar dan bugar(hu..hu..)yang bakal menyahut cabaran...!!!

Kesimpulannya...bumi ciptaan ALLAH ini memang tiada tolok bandingnya...di puncak gunung...di dalam laut...di mana saja induk pergi...induk amat kagum dengan keindahan dan ciptaanNYA...