Thursday, October 28, 2010

Celoteh 71:Kota Kinabalu , Sabah (Day 4 – 10102010 – Kinabalu Park & Timpohon Gate )

 

DSC_8271

 

Day 4 …seperti yang dimaklumkan..induk dah berada di daerah Kundasang…

awal pagi dah bangun…kesejukkan…nak masuk bilik air pun dok pikir 2

sambil menarik selimut…tapi kena bangun jugak coz nak bagi sokongan kat

hb Induk yg nak wat “day climb’ ari nie…kengkawan kami yg satu group

lagi ..Cg.Nazri..Idwan..Pak Ram..Kak Siti & Atam…entah apa khabar nyer di

puncak sana…ketika itu kami memang amat2 berharap agar dia org berjaya

melaksanakan misi 101010 ini…Seawalnya Induk percaya & yakin yg dia org

akan berjaya…tp bila melihatkan keadaan cuaca pada hari tu…agak cuak juga..

 

       DSC_8255DSC_8238

 

Jam 7.00 kami ke Kinabalu Park untuk pendaftaran pendakian…ambil tag & di

sini pendaki2 berkumpul sebelum bergerak ke Timpohon Gate…Sambil2 tu

mendengar taklimat yang diberi oleh guide…

 

DSC_8284 DSC_8289

 

My “ Slie” sedang mengemaskini barang2 dalam beg & wat regangan sebelum

mendaki…entah kali ke berapa Induk x pasti..coz Induk rasa dah banyak sangat

tag & sijil Kinabalu kat file dia..he..he..

 

DSC_8293 DSC_8333

Kat atas nie pic yg Induk snap sebelum mereka memulakan pendakian…jam

7.30 pagi…& yang bertopi tu..guide dia orang…kalau untuk “day climb” nie..for

sure kena laju kerana nak kejar masa..(shhh….at last!!!!dengar nyer guide nie

pun x larat ikut dia orang & cabut balik!!!! he..he..) Lepas dia orang bergerak…

kami yg x mendaki nie..apa lagi…bergambar sakan lerrr….sambil suai kenal

dgn sorang lagi rakan….si Finaz…x sampai 2 minit bertegur sapa….kami

merancang untuk ronda2 sekitar Kundasang & Ranau…sementara menunggu

pendaki2 tegar nie turun semula...

 

DSC_8262

 

Kelihatan dikejauhan adalah pemandangan Gunung Kinabalu yang agak malu-

malu menunjukkan wajah nyer……mmmm….dalam hati ini berkata2

juga….mampu kah Induk untuk menawan puncak mu kembali buat kali ke

3…….owww…Mt.Kinabalu !!!!!!!!!! don’t go anywhere….hopes I will conqure you again soon…ha..ha…ha..ha..

Wednesday, October 27, 2010

Celoteh 70 : Kota Kinabalu, Sabah (Day 3 – 091010 – Kundasang)

Hari ketiga di Sabah…selepas sarapan pagi..Induk & geng bersiap2 untuk ke Kundasang…nasib baik ler kawan Induk..si Onie & family  dengan rela hati mengofferkan diri untuk bersama-sama dengan kita org sepanjang dua hari di Kundasang…kebetulan pulak cuti hujung minggu so kita org ke sana dengan menaiki kereta Onie & husband dia….(time kasih daun keladi ye Onie..)

DSC_8092

 

Perjalanan macam biasa..selalu naik bas..kali nie naik kereta so rasa selesa la sikit..& boleh berhenti di mana2 lokasi yg kita orang suka..Lokasi pertama ialah di Tamparuli…selalu org Sabah sibuk2 dengan jambatan Tamparuli..jadi kita org pun nak tengok jugak lerrrrr…..sambil berposing sakan atas jambatan nie…he..he..

 

DSC_8132

Lepas tu kita orang singgah kat Pekan Nabalu…masa nie cuaca agak mendung…kalau x dari pekan Nabalu nie dah nampak pemandangan Gunung Kinabalu…

 

DSC_8104

Apa lagi….kita orang shoping ler kat sini…macam2 buah-buahan ada….pisang dah tentu…labu…manggis ….& buah feveret Induk pun ada…kalau musim buah nie kat Semenanjung..Induk sanggup berhabis dan duduk berjam2 utk menikmati buah nie…nak tau buah apa????????>>>>>

 

DSC_8101

Kat atas  nie ler buah feveret Induk..…mata kucing kampung @ buah bidara…mmmmmm….best oooo…kira makan buah nie macam makan kuaci ler..selagi x abis x mau berenti…

 

DSC_8119

 

Ni pulak macam pasar kraftangan kat Pekan Nabalu …macam2 souvinier ada…dari key chain..hingga lah keukiran2 kayu…tshirt2 pun banyak jugakkkkk…

 

DSC_8144

 

Mmmm….tengahari kita orang dah sampai sini…kira-kira 2 jam kot dari Kota Kinabalu nak ke Kundasang nie..penginapan kita orang kat sini…Bayu Homestay…sewa nyer pun kira murah gak…kalau nak selesa dok hotel ler kan???tapi kat sini pun ok…save budget..semalam RM 30 sorang…bila melancong nie kena cari yg paling murah…boleh jimat …kalau x nanti bila balik boleh meracau coz ongkos nyer dah keringgg….he..he..

 

DSC_8170

Lepas letak  barang kat bilik…kita orang round lagi…pusing2 jap kat Kinabalu Park & ke Pekan Kundasang…singgah di masjid Kundasang…terjumpa pasangan pengantin lepas akad nikah….sempat Induk ucap tahniah kat pengantin nie….tersenyum lebar diaaa…!!!!

 

DSC_8175   

Alahaiiiiiii…..dalam berkira2 nak cari kedai makan…si Onie pulak membuka bicara…eh!!! mari ler angkat makanan yg kat dalam kete..he..he..he..pucuk di cita ulam mendatang…!!! apa lagi…cantik jer port kita orang…pondok kat tepi masjid & boleh nampak pemandangan sekitar pekan Kundasang…!!!mmm..tqvm sekali lagi Onie…alhamdullilahhhhh….

 

DSC_8188

Meneruskan perjalanan….ronda2 ke Mersilau..biasa nyer pendaki2 akan naik dari Timpohon Gate….kat Mersilau nie pun ada gate utk pendaki ke Gunung Kinabalu…sejuk gilosssss kat sini..bila bercakap berasap jer mulut kita orang…kalau mendaki bermula dari Mersilau nie…+ 2 km …perhhh…jauh tu weiii…mau merangkak di buat nyerr…he..he..tapi kalau ikut trek nie..pemandangan cantik …ada brani????he..he..

 

DSC_8204 

Nie  ler tangga untuk ke gate yang Induk katakan tadi…x naik pun x apa lah…janji kita orang dah ada kat  sini…kira ambik semangat ler tu….

 

DSC_8153

Lepas tu..kita orang ke Kinabalu Park.. coz hb Induk pergi mendaftar untuk pendakian “Day Trip” nyer ke puncak gunung keesokkan hari nyer…untuk makluman korang..sekarang nie utk Day Trip…satu hari 4 orang jer yg dibenarkan….& pendaki kene fit ler…mesti sampai Laban Rata kul 10.00 pagi & sampai puncak kul 12.00 tgh…adeiiiiiii…bukan tahap Induk ler tuuu….he..he..ok geng…chow dulu…

Monday, October 25, 2010

Celoteh 69 : KK , Sabah (Day 2 – 081010 – Pulau Manukan )

Day 2 di KK….lupa lak nak cite…selepas makan2 di rumah

Onie..tempat menginap kami adalah di Apartment Api…sekali

dengan Promenade..kami sewa dua malam…nak jimat

belanja so kita org kongsi2 lerrr….ada dua bilik aparment

nih!!! yg lelaki tido luar kat ruang tamu…yg pompuan….dlm

bilik lerr….he..he..sian kat dia orang…

 

 

DSC_8727

Hari ke 2 nie..kita org ke Pulau Manukan…saja menghabiskan

masa…bila jalan2 cam nie…bukan menghabiskan masa

saja…tp yg pasti..ongkos nyer pun habis jugakkk….biasa la tu

kan…beli tiket di jeti Jesselton Point…kalau x silap..tiket +

lain2…dekat RM 30 sorang…

DSC_7850 

Masa kat jeti….biasa la dia orang nie….x boleh nampak

kedai..ada jer yg dia orang nak beli….mmm..tgok ler ragam

mak we yg kat bawah nie…siap beli topi..

DSC_7846

Untuk makluman korang…masa beli topi kat jeti ni harga dia

RM 10 saje..tapi bila Induk survey harga kat pulau…harga topi

nie dah naik jadi RM 35….he..he…x berbaloi kan???

DSC_7903

Dah sampai…..x mandi & x snorkle rugi pulak …jadi nie dia 2

org wakil kita org yg teruja sesangat nak snorklinggg….

bergaya je lebih dia org nih…masa tu..ombak kuat…so x

nampak apa pun….yg pasti….kita org kene denda RM 80 coz

berjaya menghilangkan satu set goggle nie…hu..hu…rugi & x

berbaloiiii….apo nak buek…dah nak hilang…cam ne kan!!!

DSC_7931

x kisah lah cik kak oiiiiiiiiii…..apa pun yang  terjadi ...janji

korang heppii….he..he..

 

DSC_7874

kat atas nie salah satu gambar  pemandangan yg induk snap…

x boleh nak ambik banyak coz…setiap sudut di penuhi dgn

pemandangan2 yg indah di amta mereka tp tidak di mata

induk….( he..he..ex : spt pic kat bawah nie lerr…)

 

DSC_7932

Korang jangan jelesssssss tau…..Michel Yeoh pun picnic ngan

kita orang kat pulau nie…he..he..he..

DSC_8007

Selesai satu hari kat Pulau Manukan…Induk dah 2 kali ke

pulau nie..tapi kali nie cuaca agak kurang baik..so rasa mcm

kurang menarik lerr pulakkk…kalau dulu kat tepi pantai dah

boleh nampak macam2 ikan…laa nie…mungkin ikan dah

banyak pupus kottt…..

Celoteh 68 : Kota Kinabalu, Sabah (Day 1- 071010 )

Baru-baru nie Induk & the geng wat program cuti2 Malaysia kat

Sabah…6 hari kami disana..sebenar nyer nie entah kali ke

berapa Induk ke negeri di bawah bayu nie…biasa nyer lokasi

kami ialah selain bandar KK..kami akan ke Kundasang coz

ada geng2 pendaki tegar yg ikut bersama…lokasi dia org

nih ..apa lagi..Gunung Kinabalu lerrr….target utk sampai ke

puncak 10.10.10….kali nie Induk x mendaki…x brani…dah

lama x training….selepas pendakian 8.8.08 dulu..induk rasa

bukan tgok gunung jerrr…tgok tangga pun induk rasa meluat

sesangat….he..he..he..

Bertolak dari LCCT…lebih kurang jam 10.30 pg…nie pun kes

tambang murah ler nie…masa beli tu kalau x silap RM 40 jerr…

dah dekat setahun kita org booking…coz nak murah punyer

pasal…

DSC_7759

Sampai di Kota Kinabalu…tengahari…kami disambut oleh

rakan Induk semasa di maktab dulu…si Oney….ingatkan dia

nak hantar kami terus ke aparment yg akan kami sewa…rupa2

nyer lokasi seterus nyer… rumah dia…lepak2 dulu sambil sesi

suai kenal ngan family dia..

DSC_7800

Gambar kat atas nie antara geng yang turut serta…sambil

berbual…ada yg dok termenung…mungkin letih naik flight &

also…lapar banget ler agak nyer…he..he..

DSC_7805

Mmmmmmmm……rupa2 nyer yg si Onie beria2 sangat nak

bawak kita org singgah rumah dia…coz dia dah masak untuk

kita org…..isk!isk! dlm hati…lapar nyer ….hush!!!best nyer

laukkkkk….si Onie jemput suruh makan jerr…apa lagi..geng2

Induk nie…x toleh kiri kanan….weiiiiii….sempat ke baca doa

makan ari tu???rasa2 nyer mcm terlupa je..he..he..he..

DSC_7815

 

Alhamdullilah…..selesai makan…isk! kengkawan induk punye

keje…tak tinggal untuk tuan rumah langsung!!!!sorry ler tuan

rumah oiiiii….sedap sesangat menu hari tu…& semua nyer

fresh2 so dia org nie x pandang kiri kanan lerr..walaupun malu-

malu kucing...tqvm untuk Onie & family…

Celoteh 67 : Hush…Proses Buang Sawang Pada Blog..

sarang labah2

Adei….lama rasa nyer Induk x menjeguk blog Induk nie…busy

sesangat rasa nyer…adussssss…..banyak nyer habuk…

sawang2…..kejap yer kengkawan….Induk dlm proses

mengelap habuk dan menyapu sawang ni…isk!isk! banyak

nyer habuk kat umah tinggal nie……..>>>>>insyallah lepas nie

rumah Induk nie akan berseri kembali…………….!!!!!

tunggu….akan ada cerita menarik lepas nie setelah sekian

lama bertapaaaaaaaaa……

 

Monday, July 12, 2010

Celoteh 66 : Kakitangan Awam Curi Tulang….

TERINGIN sangat hati penulis hendak bersarapan nasi kerabu. Pilihan terbaik ialah kedai Kak Mah Nasi Dagang, Sungai Merab di pintu belakang Putrajaya yang terletak berhampiran dengan rumah di Bangi. Seperti biasa pengunjungnya ramai, setiap meja dipenuhi pelanggan termasuk pegawai dan kakitangan kerajaan berdasarkan jaket 'korporat' yang dipakai dan tag nama yang jelas terpapar nama-nama agensi atau kementerian masing-masing.

Jam hampir menginjak ke pukul 10 pagi, mereka masih lagi rancak berborak, sambil menghirup teh tarik yang sudah sejuk dan sesekali menyedut asap rokok. Sesuatu yang pasti mereka ini sudah berada di kedai ini seawal pukul 9 pagi.

Apabila penulis bergerak untuk membayar kira-kira pukul 9.50 pagi, langsung tidak kelihatan mereka akan bangun dan kembali ke pejabat masing-masing.

Soalannya, tidak bekerjakah mereka atau sudah siap semua kerja yang diamanahkan? Berapa jam sebenarnya mereka ini bekerja dalam sehari, jika ditolak masa terbuang semasa bersarapan dan makan tengah hari.

Adilkah perbuatan ini? Mereka mendapat gaji yang sudah semestinya daripada duit rakyat, berbanding dengan kakitangan lain yang tekun bekerja seperti guru yang memulakan tugas seawal 7.30 pagi dan akan habis pada sebelah petang jika tidak ditambah dengan aktiviti kokurikulum atau kerja-kerja perkeranian.

Selain itu, saban tahun, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan berjuang untuk meminta bonus dan kenaikan gaji. Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga berkali-kali mendambakan perkhidmatan terbaik kelas pertama daripada penjawat awam.

Tetapi pada masa sama masih terdapat segelintir yang seolah-olah sekadar menumpang dan mengambil kesempatan daripada nikmat yang dilimpahkan kerajaan. Oleh itu, jangan hanya kerana segelintir atau kerana nila setitik akan menyebabkan seluruh sektor awam dipandang serong.

Beberapa tahun lepas, masih segar diingatan penulis teguran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan terhadap segelintir penjawat awam yang sanggup memandu hingga ke Nilai atau Port Dickson dari Seremban hanya semata-mata untuk bersarapan atas alasan makanan di tempat berkenaan lebih lazat.

Apa salahnya sesekali pihak-pihak berkuasa dalam sektor awam ini turun padang dan membuat kunjungan 'hormat' ke restoran-restoran yang mempunyai rating tinggi bagi melihat sendiri perangai anak-anak buah mereka.

Kerja iaitu mencari rezeki halal adalah ibadah yang akan diperhitungkan soal dosa pahala di akhirat. Dalam mengerjakan ibadah tiada istilah jalan pintas semuanya wajib dilakukan mengikut turutan atau rukun.

Berkatkah rezeki yang diperoleh jika jalan pintas diamalkan? Bagaimana hukumnya pendapatan yang dituai pada hujung bulan itu diberi makan kepada anak-anak dan untuk saraan keluarga?

Malah pada padang mahsyar nanti, segala perbuatan kita akan dihisab dan dipertontonkan kepada umum, mulut akan terkatup rapat, anggota badan pula yang akan mengambil peranan menjelaskan setiap apa yang dilakukan oleh tuan punya badan, walaupun sekecil zarah sekalipun.

Timbang-timbangkanlah hidup di dunia hanya sementara sebelum meneruskan perjalanan abadi ke akhirat.

 

Sumber:

TARMIZI ABDUL RAHIM
pengarang@utusan.com.my

Ulasan Induk :

mmm…tak tahu nak komen apa…tapi artikel nie menarik perhatian Induk…memang ada ternampak kakitangan awam yg biasa nyer berjaket korporat di restoren & kedai2 makan time kerja..tp Induk berfikiran positif…kekadang dia orang nie ada kerja luar…time tu..singgah makan kot…or…memang ada yg sengaja curi tulang!!! Lu pikir ler sendiri….!!!!!

Friday, July 2, 2010

Celoteh 65 : Aksi Berahi Budak Tadika !!!

KUALA LUMPUR: Umur baru mencecah empat dan lima tahun, tetapi dua kanak-kanak perempuan bersaudara sudah pandai melakukan aksi lucah sesama mereka sebelum perbuatan tidak senonoh itu disedari ibu seorang daripada budak terbabit.

Menurut sumber polis, kejadian memalukan itu berlaku Ahad lalu di sebuah pangsapuri di Ampang di sini, apabila kedua-dua kanak-kanak yang layak digelar budak tabika itu ditinggalkan di bawah jagaan nenek mereka.

Pada kira-kira jam 5 petang, ibu seorang daripada kanak-kanak terbabit yang baru pulang dari pasar raya diberitahu adik perempuannya anaknya sudah pandai melakukan aksi dan perbuatan lucah bersama sepupunya.

“Wanita itu terkejut dengan kata-kata adiknya dan pada masa sama, dia sendiri terdengar bunyi mengghairahkan dari dalam bilik sebelum bergegas membuka pintu,” katanya.

Menurut sumber itu, sejurus membuka pintu, ibu kanak-kanak terbabit terperanjat apabila mendapati anaknya yang baru berusia lima tahun sedang tidur sambil berpelukan dan bercium dengan sepupunya yang berusia empat tahun dalam keadaan mengghairahkan.

“Melihat aksi menjijikkan dua kanak-kanak terbabit, ibunya memarahi dan bertanyakan anaknya siapa mengajar kelakuan tidak bermoral itu. Anaknya memberitahu semua perlakuan itu dipelajarinya daripada seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang juga anak jiran mereka,” katanya.

Sumber : Metro online

Ulasan Induk:

Adeii....apa nak jadi la sekarang nie...nampak gayanya ibubapa hendaklah sentiasa memantau aktiviti anak2 dari masa ke semasa...x kira masih kecil or dah besar panjang...berita nie mengingatkan Induk kepada satu peristiwa di mana anak murid Induk ketika tu hampir2 bercium (lelaki@lelai)ketika Induk sedang mengajar...Induk yg terperanjat terus bertempik sekuat2 hati..dan membuatkan dia dan pelajar lain turut tergamam...setelah kami siasat..rupanya kedua pelajar nie telah melihat cd yg x sepatutnya dirumah mereka...korang nak tau...cd tu kepunyaan emak ayah mereka...Induk punya geram...rasa nak p lempang jer emak&ayah dia.....isk! isk...x senonoh betulll!!!!