Tuesday, June 29, 2010

Celoteh 63 : Pendidikan seks di sekolah awal Julai 2010??

PELABUHAN KLANG: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Kementerian Pelajaran menggerakkan projek perintis bagi program kesihatan reproduktif melalui kokurikulum di sekolah, bermula awal bulan ini.


Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata program yang dilaksanakan menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu membabitkan lima sekolah terpilih iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu.

Katanya, ini berikutan kes kehamilan luar nikah membabitkan pelajar bawah umur semakin membimbangkan dan usaha membendung serta memberi pengetahuan mengenainya perlu dijalankan segera.

“Idea utamanya bukan menjadikan pendidikan kesihatan reproduktif ini satu subjek, tetapi satu modul kukuh di sekolah.”


“Masalah sosial tidak boleh diselesaikan secara mendadak dan ia memerlukan penyelesaian yang berterusan,” katanya selepas melancarkan Skuad Sayang dan Hari Keluarga Wanita Parlimen Klang di sini, semalam.
Mengenai Skuad Sayang Parlimen Klang, Shahrizat berkata, sambutan yang diterima daripada masyarakat setempat terhadap skuad itu amat menggalakkan khususnya pada peringkat akar umbi.


“Setiap komander skuad perlu memastikan setiap ahli menjalankan tugas dengan penuh disiplin dan berintegriti. Setiap kes diambil perlu ditangani sehingga ia selesai dan mendapatkan pembelaan secara tersusun,” katanya.


Beliau berkata, skuad berkenaan sedia membantu menyelesaikan masalah sosial dihadapi masyarakat dengan mengemukakannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar bantuan dapat digerakkan.

 

Sumber : Berita Harian Online

 

Ulasan Induk :

Mmmm...sudah bersediakah guru-guru untuk mengajar mata pelajaran nie..coz..masa Induk belajar subjek ni...lecturer Induk pun dok tersipu2 nak menerangkan kepada kami...so..kami student lanjut usia nie pun tersengih2 sendiri...he..he..kesian gak ngan lecturer & guru-guru...nak cari kaedah, teknik dan pendekatan yang sesuai untuk terangkan dekat student dia orang...

Celoteh 62 : KPM !!!Sila kaji tugas guru

KEMENTERIAN Pelajaran merujuk SMS DRAGONBALL:BHA14357 dalam rakan@bh 24 Mei lalu bertajuk pihak Kementerian Pelajaran turunlah ke sekolah dengan mengejut untuk melihat beban guru dan perangai pelajar.Bukan senang guru nak kawal. Kementerian Pelajaran mengucapkan terima kasih atas maklumat itu dan amat prihatin isu beban guru. Kementerian juga mewujudkan jawatankuasa khas mengkaji tugas berlebihan guru di seluruh negara supaya usaha menjana modal insan pada peringkat sekolah tidak terjejas.

 

Kementerian, khasnya Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) sering ke sekolah kerana tugas utamanya untuk memeriksa, melapor dan mengemukakan syor serta memberi strategi kepemimpinan kepada sekolah secara profesional.


Penaziran pula dilaksanakan secara pemeriksaan penuh, biasa, bertema, khas dan pemeriksaan tindak ikut serta pemeriksaan mengejut jika ada aduan.


Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah juga memantau perkembangan dan aktiviti sekolah secara rutin serta berterusan termasuk pemeriksaan mengejut.

 

Sumber :

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran.

 

Ulasan Induk :

Induk setuju dengan cadangan Dragonball tu…rasanya KPM boleh lihat dan merasai sendiri suasana di sekolah…kalau boleh lihat suasana tu..seawal2 nyer sebelum pelajar masuk gate sekolah lagi…kita boleh lihat perangai pelajar yang sempat menghabiskan rokok depan gate sekolah tanpa segan silu…yang bercanda dengan teman lelaki…dan yang datang lambat ke sekolah dengan penuh selamba….begitu juga sewaktu P&P dan ketika mereka balik dari sekolah…elok adakan pemerhatian dan pemantauan….mmm..x tau la apa nak jadi sekarang nie…cikgu2 penat memikirkan strategi untuk mengawal keadaan ini dan  rasanya dah jadi macam malas nak tegur…tapi kalau dibiarkan berlarutan….hancur jadi nyer..kesian jugak kan…bukan senang utk menjana insan terbilang!!!

Monday, June 21, 2010

Celoteh 61 : The Apple Tree

Email nie Induk terima dari rakan lama Induk si Rafidah…so Induk nak kongsi ngan korang sume…korang hayati ler sendiri….terharu Induk bila baca story nie….tq Ida..

 

A story related to everyone of us !!!!

 

apple 1

apple tree 3

apple 2

apple 4

apple 5

apple 6

apple 7

apple 8

apple 9

apple 10

apple 11

apple 12

apple 13

apple 14

apple 15

apple 16

apple 17

apple 18 apple 19

apple 20

apple 21

apple 22

 

EVERYBODY HAS AN APPLE TREE IN LIFE.

AND ITS YOUR PARENTS!!

 

apple 23

 

So, you see how important our parents are....the

sacrifices they have made for us...... we can never

deny it............!!!!!

Celoteh 60 : Bertemu semula selepas 20 tahun ( MPKB 88-90) Part 1.

 

Induk nak kongsi perasaan Induk dengan korang sumer… Hari Sabtu yang lepas rakan sepengajian Induk 20 tahun yang lalu datang mengunjungi kami sekeluarga. Induk rasa terharu sangat……almaklum la dah abiss belajar dulu terputus hubungan…dan dengan kuasa Allah serta melalui fb kami bertemu kembali….Alhamdullilah…bersambung kembali silaturahim yang sekian lama terputus.

 

 

Rakan kami nie singgah sekejap saja coz mereka ada urusan di Kuala Lumpur…namun walaupun pertemuan tu singkat…tapi Induk & family rasa amat bermakna sekali…Kalau dulu kita orang single lagi..tapi la nie…ada yang dah boleh bermenantu kot…anak-anak sume dah besar-besar….x sangka kan…sempat jugak kita orang usik mengusik…mana ler tau kot-kot boleh berbesan la pulakkkk…ha..ha..ha…dan dah semesti nyer kan…dalam masa 20 tahun macam-macam benda boleh berubah….kalau dulu slim2 sumer…tapi la nie…terlebih2 ler slim nyer..he..he..Bak kata rakan Induk…kalo naik setahun 1 kg…dah tak jumpa 20 tahun tu…bertambah 20 kg tu…kira ok lorrr….ha..ha..ha…

 

Alhamdulillah…tengok ler senyuman dia orang nie…rakan sepengajian dan satu kelas 20 tahun yang lalu…Buat Nezam…Aisyah & Jaliah…kunjungan kalian amat kami hargai…moga kita bisa bertemu kembali…

Sunday, June 20, 2010

Celoteh 59 : Majlis Penutup SUKMA 2010 di Melaka

 

Minggu nie Induk & family habiskan masa kami di Majlis Perasmian Penutupan SUKMA 2010 di Stadium Hang Jebat, Melaka….Kita orang tak rancang untuk ke Majlis nie tapi dek kerana termakan ajakan kengkawan…blogger gak kawan Induk nie…Acikkaw….http://acikkaw.blogspot.com. Kita orang gerak dari rumah jam 8.30 malam dan sampai kat stadium tu jam 9.30 malam…Sampai sana Induk tgok dah jem…penuh sesak…kena parking jauh dan menapak utk masuk ke stadium…hu..hu..jauh gak jalan…naik tangga stadium lagi…adeiiii!!!!!!

 

Masuk kat stadium….majlis perasmian penutupan belum mula lagi…..sempat ler Induk dengar Cik Dyg Norfaezah kita nyanyi 2 –3 lagu….sambil tu…Induk dok snap gambar sana sini….kat atas nie…gambar obor yang menyala sepanjang kejohanan berlangsung….

Meriah gak Induk tengok majlis penutupan nie…macam2 versi tarian ada…orang Melaka memang cukup pandai bab2 nie…majlis nyer pun tersusun dan teratur ….YAB Perdana Menteri kita pun turut sama hadir dlm majlis nie…

Tarian kat atas nie kalau x silap Induk …dari negeri Pahang coz SUKMA akan datang akan diadakan disana…

 

Juara SUKMA 2010……..negeri TERENGGANU….syabas dan tahniah kepada peserta-peserta dan orang GHANU atas kejayaan cemerlang korang!!!!

 

Masa nie kita orang dok layan pertunjukan bunga api…he..he…macam tak pernah tengok la pulakk ye…bukan apa saja memeriahkan majlis nie…

 

 

Nie salah satu gambar  bunga api yang sempat kita orang shot….sambil tu dpt jugak meningkatkan kemahiran fotografi…dok petik2 camera NIKON dengan lens 70-300……he..he…pic2 nie nanti Induk nak tunjuk kat sifu Induk…abg myram & abg poning……

Ribut sekejap apabila beratus-ratus belon jatuh kat seat kita orang….ha..ha…ha….

 

Induk bersama acik Induk  yang meracun kami untuk bersama2 family dia org bagi memeriahkan majlis nie….belon2 nie kami  dpt coz dia jatuh betul2 atas kepala kita orang….beratus2 pulak tu…he..he..he…sempat ler Induk jadi kanak2 sihat jap….

 

Anyway….tahniah kepada pentadbiran dan warga negeri Melaka yang bertungkus lumus dalam menjayakan SUKMA 2010 nie…korang memang best…& kita orang pulakkkk jam 2.30 pagi baru sampai rumah…..yg pasti malam minggu nie kita orang lalui dengan seribu keseronokkan…

Saturday, June 19, 2010

Celoteh 58 : Seketika di Pantai Klebang, Melaka

Hari  SABTU lepas…Induk & anak-anak buah Induk ronda-ronda di Melaka Bandaraya Bersejarah…Kita orang pi cuci mata & shoping kat Mahkota Parade..On the way back…kita orang singgah kat Pantai Klebang…Ingatkan nak ambil angin pantai …. ramai giler orang hari tu…masa tu SUKMA baru nak mula…ada pembukaan SUKMA malam tu…

DSC_4504

Kita orang pun berjalan-jalan kat tepi pantai…ambil angin petang…tapi yang membuatkan Induk kecewa ialah…yang ramai kat tepi pantai tu…bukan warganegara Malaysia…tapi warganegara Vietnam & Bangla...…alahai….sepanjang2 pantai tu..dia org dok bersusun kat tepi tu…tengok orang macam nak telan!!!! hheeeeee…

DSC_4510

Induk rasa x selesa dan seperti melancong di negara lain… so…kita orang undur diri…!!!

 

DSC_4480

Singgah kejap bawah pokok besar tepi jalan…hilangkan dahaga…& makan-makan petang..!!! Makan mee kari…rojak & ada bakso jugak…mmm…sedap!!!!!

 

DSC_4520

Sambil-sambil makan pandang kiri kanan…pemandangan masih sama…kat gerai tu…ada dua group jer macam org Malaysia…yg lain..warga Bangla & Vietnam…( Induk dgar bahasa dia cakap ) .Nak masuk kereta..terpandang sesuatu yang Induk rasa kurang sesuai…huh!!!x sesuai langsung laa….tak ada tempat lain ker nak berniaga…cuba kau orang tengok gambar kat bawah nie…tak tau laa apa pandangan korang…….

 

DSC_4493

 

Tandas yang terdapat kat tepi jalan…&  belakangnya pantai……

 

 DSC_4492

 Induk rasa tak sesuai sangat….sesangattttt kalau jual jajan2 kat dalam tandas nie…heeeee….x lalu Induk !!!! sorry ye org Melaka…tapi Induk suka round2 kat Bandar Melaka nie…banyak shoping & bandar dia cantik!!!

Friday, June 18, 2010

Celoteh 57 : Blogger2….Bahaya Menanti Anda !!!!

 

SHAH ALAM – Gara-gara leka menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010, seorang pensyarah, adik lelaki dan bapanya langsung tidak menyedari kehadiran empat penjenayah yang menceroboh masuk rumah mereka, dalam kejadian di Jalan Kasturi 2B, Bukit Beruntung, Hulu Selangor, awal pagi semalam.

 


Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, empat penjenayah yang bersenjatakan parang dan tiga daripadanya dikatakan menutup muka dengan sapu tangan, terus menyerbu ke arah tiga mangsa terbabit sebelum mengikat tangan mereka.

 


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, tiga mangsa terkejut bagaimanapun tidak sempat berbuat apa-apa dan terpaksa mengikut arahan penjenayah terbabit. Orang ramai yang mempunyai maklumat , diminta tampil menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis atau terus hubungi 03-60641222 bagi membantu siasatan.

Sumber : Sinar Harian

 

 

Ulasan Induk :

Korang kalau nak menonton tu…pastikan sume pintu & tingkap berkunci ekk…korang baca post kat atas tu…apa dah jadi…sekarang nie macam2 hal boleh berlaku…nasib baik  ler penjenayah tu x buat tabiat ..membunuh ker…kelar ker..tikam ker…eeeee…seram ler Induk…!!!eh!!!dah kena samun pun ada nasib baik lagi…..yg pasti Induk simpati ngan keluarga nie…ya laa…kat rumah sendiri kan…!!!!tak sangka laa pulak ada tetamu x diundang….so lain kali berhati2 ya…ingatan nie untuk Induk  & korang sume jugak……