Wednesday, March 10, 2010

Celoteh 26 : Bilo induk mulo bergurindam...1

Gurindam nie sebenarnya induk ambil dari artikel akhbar Berita Minggu bertarikh 7 Mac 2010....memang menarik dan boleh dijadikan panduan dalam kehidupan...

Apbila banyak berkata-kata,
disitulah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka.
itulah tanda hampirkan duka.
Apabila kita kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,
jika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang yang banyak tidur,
sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan khabar,
menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila mendengar akan aduan,
membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah-lembut,
lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,
lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,
tidak boleh orang berbuat onar.

Monday, March 8, 2010

Celoteh 25 : Model Tersohor Abad Ini : Anak Buah Induk

Nie...Ika..anak buah induk...kepantangan dia..nampak camera..x abis2 nak posing maut...cam onyang ei jugak!!ghupo ei!!ada gak keturunan induk cam nih!!!













mmm...soba yo la...tgok2 ler gamba nie yer...

Celoteh 24: Model Tersohor Abad Lalu...Nenda Tercinta...

Wan tersayang induk...yg kalau bertanya mesti banyak kali...bilo kau balik..induk jawab: baru balik...pas tu tanya balik : bilo kau balik??? tanya & tanya lagi...he..he..



Ketika ni..dia sedang mengadapkan group2 gunung yg datang ke rumah Induk ngan penuh santai...sambil bertanya kat dia org berkali2...ekau budak mano ha???yg bagus nyer dia pun jawab...berkali2 gak..ahaks!!!!



Wan Induk nie..suka gak berpantun...pantun nyer tu..ala2 pantun memikat...senang2 nanti Induk masukkan...utk sepupu Induk yg kini berada di Dungung...Ghanu..tatap la gambar nie...jangan meraung sudah!!!!he..he..

Friday, February 12, 2010

Celoteh 23 : Sangka-sangka

Manusia hari ini suka bersangka - sangka
Ada sangkaan yang baik... ada sangkaan yang buruk...


Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk - nunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk dan buat suntikan 'botox'
Orang nampak ceria disangka membela


Mana tahu, yang diam itu kerana sedang berzikir kepada Allah...
Mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah...
Mana tahu, yang masam itu sedang mengenangkan dosa dan kesalahan...
Mana tahu, yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya...
Mana tahu, yang ceria itu kerana cergas pemikirannya...

Jauhi sikap bersangka - sangka kerana ia bakal merosakkan dan memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu yang dimakan api...

Sesuatu benda yang kita lihat, macam macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihat dan mentafsirnya

Tuesday, February 9, 2010

Celoteh 22 : ??????ado yg x kono ari nie.....

The Philosophy Oh Change

When you change your thinking
You change your belief
When you change your belief
You change your expectation
When you change your expectation
You change your attitude
When you change your attitude
You change your behaviour
When you change your behaviour
You change your performance
When you change your performance
You change your life

Monday, January 18, 2010

Celoteh 21: Induk TERUJA...

mmm...beberapa hari ni..entah apa angin sepoi2 nya induk teringat kat kengkawan induk masa kat maktab dulu...apa lah kaba nyer geng2 induk sekarang nie..kalau lah dapat jumpa mcm dulu-dulu..huh???mesti best kan....& pagi2 lagi td..induk cuba la cari geng2 induk dulu...kat facebook...mana lah tau kot2 jumpa...tetiba..induk ternampak satu nama yg macam induk kenal..si NOJA...he..he..& induk pun addkan...induk akan cuba contact yg lain2..Linda, Dyl, Mini, Kamal, Pie..,Ita..so..alangkah TERUJA nya induk hari nie..coz induk dah jumpa kengkawan induk dulu...almaklumlahkan...rasa2nya time belajar2 dulu...induk nie bukannya baik sangat..selalu kena panggil dek PGPI and selalu kena marah ngan lecturer merangkap warden..si NIK AIDA tu...minta maaf bebanyak pn...coz ikat mercun tali kat selipar pn...pas tu x ngaku pulak!!!he..he..

Monday, January 11, 2010

Celoteh 20 : Selamat Pengantin Baru - Dr Noor Azmi @ Siti Sarah


Suap menyuap nie biarlah sampai tuo sok yo

Dalam kesibukan org lain mengadakan majlis perkahwinan, keluarga kami pun turut menyibuk bersama2 meraikan majlis perkahwinan sepupu induk iaitu Noor Azmi atau nama manjanya Emy ( sorry...).Seminggu sebelum majlis perkahwinan..rumah mak saudara induk sudah mula riuh dengan kehadiran sanak saudara yang sibuk menolong dan yg buat2menyibuk tunjuk2 muka...bukan ape???nanti takut lak masuk senarai antara sedara mara yg dtg menongok2 yo..he..he..Seronok rasanya dapat berkumpul dengan sepupu2 dan sedara mara yg jarang2 jumpa...ia lahkan...kalau x masa raya..kenduri kendara je masa untuk bertemu...masa nie lah pelbagai gossip family yg kami dapat...yg belek baju..belek kristal...gelang emas..tudung..make up..dan x ketinggalan mengukur pinggang dan berat badan masing2 ( ini topik utama ). Bila dah berkumpul nie..masing2sibuk ngan cerita nak menguruskan badan...tapi..dah bertahun2 induk tengok semuanya x ada yg bertambah kecil...bertambah bosar laie adalah!!! yg kurus ialah pak2 sedara induk yg dah kena sakit jantung & kencing manis...semua dah susut badan ei masing2...oh ya..masa nak kenduri tu..kak long induk yg kami panggil datin telah menyediakan senarai AJK utk bertugas sepanjang majlis tu...kita org panggil kak long tu datin bukan apa sobab kojo ei..mengarah kita org & menjoling tajam kat kita org bilo kita org mula duduk berlonggok2 kat tepi khemah & tersinggai2 sesama sendiri...nak tahu induk dilantik jadi AJK apa???he..he..induk jadi pengerusi telor kat khemah...


AJK Telor..yg jadi AJK bungkus lauk pun lari ke depan ambik gambar..

Pada hari tu..lebih kurang 3000 biji telor kita org agih2kan pada tetamu yg hadir...pd pagi sebelum majlis lg..induk dah kumpulkan AJK induk utk bermesyuarat tingkap...iaitu sepupu2 induk yg dah jadi emak2 org tp masih perasan cun melecun dan anak2 buah induk yg perasan muka dia macam ratu utk mengedarkan telor ke khemah2 tetamu...


Minah nie lain lak kojo ei..

biasalah kan..dalam kerja nie mesti ada yg mengelat2...kalau x caya tengok gambar ni...macam2 ragam..


induk ei pon samo...sompek begambar ngan NABIL


ekau bilo laie BIL..dah pandai topong tawar tu..!!!


ni sorang laie..suku sakat induk yg ngelat dari tugas!!!

Anyway..alhamdullilah majlis pd hari tersebut berjalan lancar..walaupun kami mengedarkan telor dalam hujan lebat...oh ya..lupa lak nak cerita...isteri sepupu induk nie adalah adik kepada si NABIL...raja lawak tu...so..lihatlah kemeriahan suasana semasa majlis tersebut...SELAMAT PENGANTIN BARU utk AMY & SARAH...moga kebahagiaan berpanjangan....& moga kami cepat dapat anak buah....!!!!!!!