Monday, July 12, 2010

Celoteh 66 : Kakitangan Awam Curi Tulang….

TERINGIN sangat hati penulis hendak bersarapan nasi kerabu. Pilihan terbaik ialah kedai Kak Mah Nasi Dagang, Sungai Merab di pintu belakang Putrajaya yang terletak berhampiran dengan rumah di Bangi. Seperti biasa pengunjungnya ramai, setiap meja dipenuhi pelanggan termasuk pegawai dan kakitangan kerajaan berdasarkan jaket 'korporat' yang dipakai dan tag nama yang jelas terpapar nama-nama agensi atau kementerian masing-masing.

Jam hampir menginjak ke pukul 10 pagi, mereka masih lagi rancak berborak, sambil menghirup teh tarik yang sudah sejuk dan sesekali menyedut asap rokok. Sesuatu yang pasti mereka ini sudah berada di kedai ini seawal pukul 9 pagi.

Apabila penulis bergerak untuk membayar kira-kira pukul 9.50 pagi, langsung tidak kelihatan mereka akan bangun dan kembali ke pejabat masing-masing.

Soalannya, tidak bekerjakah mereka atau sudah siap semua kerja yang diamanahkan? Berapa jam sebenarnya mereka ini bekerja dalam sehari, jika ditolak masa terbuang semasa bersarapan dan makan tengah hari.

Adilkah perbuatan ini? Mereka mendapat gaji yang sudah semestinya daripada duit rakyat, berbanding dengan kakitangan lain yang tekun bekerja seperti guru yang memulakan tugas seawal 7.30 pagi dan akan habis pada sebelah petang jika tidak ditambah dengan aktiviti kokurikulum atau kerja-kerja perkeranian.

Selain itu, saban tahun, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan berjuang untuk meminta bonus dan kenaikan gaji. Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga berkali-kali mendambakan perkhidmatan terbaik kelas pertama daripada penjawat awam.

Tetapi pada masa sama masih terdapat segelintir yang seolah-olah sekadar menumpang dan mengambil kesempatan daripada nikmat yang dilimpahkan kerajaan. Oleh itu, jangan hanya kerana segelintir atau kerana nila setitik akan menyebabkan seluruh sektor awam dipandang serong.

Beberapa tahun lepas, masih segar diingatan penulis teguran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan terhadap segelintir penjawat awam yang sanggup memandu hingga ke Nilai atau Port Dickson dari Seremban hanya semata-mata untuk bersarapan atas alasan makanan di tempat berkenaan lebih lazat.

Apa salahnya sesekali pihak-pihak berkuasa dalam sektor awam ini turun padang dan membuat kunjungan 'hormat' ke restoran-restoran yang mempunyai rating tinggi bagi melihat sendiri perangai anak-anak buah mereka.

Kerja iaitu mencari rezeki halal adalah ibadah yang akan diperhitungkan soal dosa pahala di akhirat. Dalam mengerjakan ibadah tiada istilah jalan pintas semuanya wajib dilakukan mengikut turutan atau rukun.

Berkatkah rezeki yang diperoleh jika jalan pintas diamalkan? Bagaimana hukumnya pendapatan yang dituai pada hujung bulan itu diberi makan kepada anak-anak dan untuk saraan keluarga?

Malah pada padang mahsyar nanti, segala perbuatan kita akan dihisab dan dipertontonkan kepada umum, mulut akan terkatup rapat, anggota badan pula yang akan mengambil peranan menjelaskan setiap apa yang dilakukan oleh tuan punya badan, walaupun sekecil zarah sekalipun.

Timbang-timbangkanlah hidup di dunia hanya sementara sebelum meneruskan perjalanan abadi ke akhirat.

 

Sumber:

TARMIZI ABDUL RAHIM
pengarang@utusan.com.my

Ulasan Induk :

mmm…tak tahu nak komen apa…tapi artikel nie menarik perhatian Induk…memang ada ternampak kakitangan awam yg biasa nyer berjaket korporat di restoren & kedai2 makan time kerja..tp Induk berfikiran positif…kekadang dia orang nie ada kerja luar…time tu..singgah makan kot…or…memang ada yg sengaja curi tulang!!! Lu pikir ler sendiri….!!!!!

Friday, July 2, 2010

Celoteh 65 : Aksi Berahi Budak Tadika !!!

KUALA LUMPUR: Umur baru mencecah empat dan lima tahun, tetapi dua kanak-kanak perempuan bersaudara sudah pandai melakukan aksi lucah sesama mereka sebelum perbuatan tidak senonoh itu disedari ibu seorang daripada budak terbabit.

Menurut sumber polis, kejadian memalukan itu berlaku Ahad lalu di sebuah pangsapuri di Ampang di sini, apabila kedua-dua kanak-kanak yang layak digelar budak tabika itu ditinggalkan di bawah jagaan nenek mereka.

Pada kira-kira jam 5 petang, ibu seorang daripada kanak-kanak terbabit yang baru pulang dari pasar raya diberitahu adik perempuannya anaknya sudah pandai melakukan aksi dan perbuatan lucah bersama sepupunya.

“Wanita itu terkejut dengan kata-kata adiknya dan pada masa sama, dia sendiri terdengar bunyi mengghairahkan dari dalam bilik sebelum bergegas membuka pintu,” katanya.

Menurut sumber itu, sejurus membuka pintu, ibu kanak-kanak terbabit terperanjat apabila mendapati anaknya yang baru berusia lima tahun sedang tidur sambil berpelukan dan bercium dengan sepupunya yang berusia empat tahun dalam keadaan mengghairahkan.

“Melihat aksi menjijikkan dua kanak-kanak terbabit, ibunya memarahi dan bertanyakan anaknya siapa mengajar kelakuan tidak bermoral itu. Anaknya memberitahu semua perlakuan itu dipelajarinya daripada seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang juga anak jiran mereka,” katanya.

Sumber : Metro online

Ulasan Induk:

Adeii....apa nak jadi la sekarang nie...nampak gayanya ibubapa hendaklah sentiasa memantau aktiviti anak2 dari masa ke semasa...x kira masih kecil or dah besar panjang...berita nie mengingatkan Induk kepada satu peristiwa di mana anak murid Induk ketika tu hampir2 bercium (lelaki@lelai)ketika Induk sedang mengajar...Induk yg terperanjat terus bertempik sekuat2 hati..dan membuatkan dia dan pelajar lain turut tergamam...setelah kami siasat..rupanya kedua pelajar nie telah melihat cd yg x sepatutnya dirumah mereka...korang nak tau...cd tu kepunyaan emak ayah mereka...Induk punya geram...rasa nak p lempang jer emak&ayah dia.....isk! isk...x senonoh betulll!!!!

Thursday, July 1, 2010

Celoteh 64: Murahnya nyawa anda!!!!!



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki menemui ajal di tangan adiknya sendiri akibat ditikam berkali-kali dengan pisau serta dipukul menggunakan objek keras sehingga otaknya bersepai selepas kedua-dua mereka bertengkar disebabkan bil elektrik rumah didiami bersama tertunggak mencecah RM2,000.

Amir Khan Abdullah, 53, ditemui terbaring dalam bilik tengah rumahnya di Kampung Laksamana, Gombak di sini, dalam keadaan berlumuran darah serta kesan tikaman pada badan, kira-kira jam 9.45 pagi semalam.

Difahamkan, perbalahan mangsa yang tinggal bersama adiknya itu sejak 10 tahun lalu dan tidak memiliki pekerjaan berlaku kira-kira jam 4 pagi berpunca daripada bil elektrik yang tertunggak menyebabkan bekalan elektrik di rumah itu hampir dipotong.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada adik mangsa, namun sebaik tiba di lokasi, mangsa sudah meninggal dunia.

“Polis menemui mangsa di atas tilam di bilik tengah dengan berseluar pendek dan tidak memakai baju manakala kepalanya ditutup bantal.

“Siasatan mendapati mangsa ditikam tujuh kali di kepala, tiga di dada serta dihentak menggunakan objek tumpul dan keras di muka sehingga menyebabkan otak mangsa bersepai dengan kesan darah terpercik pada dinding,” katanya.

Menurutnya, siasatan turut menemui sebilah pisau sepanjang 31 sentimeter di bawah tilam dalam bilik suspek.

“Pada mulanya adik mangsa mendakwa hanya menyedari abangnya dibunuh kira-kira jam 9 pagi dan tidak mendengar sebarang bunyi pergaduhan kerana tertidur. Dia mendakwa, sebaik bangun dari tidur dia terperanjat melihat abangnya mati dan meminta tolong jiran menghubungi polis.

“Banyak kesan darah terpercik di dinding tempat mayat mangsa ditemui, mangsa dipercayai bergelut dengan seseorang sebelum dibunuh.

“Namun, polis percaya adik mangsa bertanggungjawab dalam jenayah ini selepas menemui sebilah pisau disembunyikan dalam biliknya. Berikutan itu, lelaki terbabit yang berusia 47 tahun ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Selain itu, kata Abdul Rahim, siasatan turut mendapati mangsa memiliki dua rekod jenayah berkaitan dadah dan curi manakala adik mangsa memiliki satu rekod jenayah berkaitan curi.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : My Metro

Ulasan Induk :

alahai!!!!apa nak jadi sekarang nie ye...betapa murah nyer harga nyawa si Abang dan dimanakah nilai2 kasih sayang antara mereka...macam2 la sekarang nie...ngeri Induk bila baca berita nie...