Tuesday, June 29, 2010

Celoteh 63 : Pendidikan seks di sekolah awal Julai 2010??

PELABUHAN KLANG: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Kementerian Pelajaran menggerakkan projek perintis bagi program kesihatan reproduktif melalui kokurikulum di sekolah, bermula awal bulan ini.


Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata program yang dilaksanakan menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu membabitkan lima sekolah terpilih iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu.

Katanya, ini berikutan kes kehamilan luar nikah membabitkan pelajar bawah umur semakin membimbangkan dan usaha membendung serta memberi pengetahuan mengenainya perlu dijalankan segera.

“Idea utamanya bukan menjadikan pendidikan kesihatan reproduktif ini satu subjek, tetapi satu modul kukuh di sekolah.”


“Masalah sosial tidak boleh diselesaikan secara mendadak dan ia memerlukan penyelesaian yang berterusan,” katanya selepas melancarkan Skuad Sayang dan Hari Keluarga Wanita Parlimen Klang di sini, semalam.
Mengenai Skuad Sayang Parlimen Klang, Shahrizat berkata, sambutan yang diterima daripada masyarakat setempat terhadap skuad itu amat menggalakkan khususnya pada peringkat akar umbi.


“Setiap komander skuad perlu memastikan setiap ahli menjalankan tugas dengan penuh disiplin dan berintegriti. Setiap kes diambil perlu ditangani sehingga ia selesai dan mendapatkan pembelaan secara tersusun,” katanya.


Beliau berkata, skuad berkenaan sedia membantu menyelesaikan masalah sosial dihadapi masyarakat dengan mengemukakannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar bantuan dapat digerakkan.

 

Sumber : Berita Harian Online

 

Ulasan Induk :

Mmmm...sudah bersediakah guru-guru untuk mengajar mata pelajaran nie..coz..masa Induk belajar subjek ni...lecturer Induk pun dok tersipu2 nak menerangkan kepada kami...so..kami student lanjut usia nie pun tersengih2 sendiri...he..he..kesian gak ngan lecturer & guru-guru...nak cari kaedah, teknik dan pendekatan yang sesuai untuk terangkan dekat student dia orang...

Celoteh 62 : KPM !!!Sila kaji tugas guru

KEMENTERIAN Pelajaran merujuk SMS DRAGONBALL:BHA14357 dalam rakan@bh 24 Mei lalu bertajuk pihak Kementerian Pelajaran turunlah ke sekolah dengan mengejut untuk melihat beban guru dan perangai pelajar.Bukan senang guru nak kawal. Kementerian Pelajaran mengucapkan terima kasih atas maklumat itu dan amat prihatin isu beban guru. Kementerian juga mewujudkan jawatankuasa khas mengkaji tugas berlebihan guru di seluruh negara supaya usaha menjana modal insan pada peringkat sekolah tidak terjejas.

 

Kementerian, khasnya Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) sering ke sekolah kerana tugas utamanya untuk memeriksa, melapor dan mengemukakan syor serta memberi strategi kepemimpinan kepada sekolah secara profesional.


Penaziran pula dilaksanakan secara pemeriksaan penuh, biasa, bertema, khas dan pemeriksaan tindak ikut serta pemeriksaan mengejut jika ada aduan.


Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah juga memantau perkembangan dan aktiviti sekolah secara rutin serta berterusan termasuk pemeriksaan mengejut.

 

Sumber :

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran.

 

Ulasan Induk :

Induk setuju dengan cadangan Dragonball tu…rasanya KPM boleh lihat dan merasai sendiri suasana di sekolah…kalau boleh lihat suasana tu..seawal2 nyer sebelum pelajar masuk gate sekolah lagi…kita boleh lihat perangai pelajar yang sempat menghabiskan rokok depan gate sekolah tanpa segan silu…yang bercanda dengan teman lelaki…dan yang datang lambat ke sekolah dengan penuh selamba….begitu juga sewaktu P&P dan ketika mereka balik dari sekolah…elok adakan pemerhatian dan pemantauan….mmm..x tau la apa nak jadi sekarang nie…cikgu2 penat memikirkan strategi untuk mengawal keadaan ini dan  rasanya dah jadi macam malas nak tegur…tapi kalau dibiarkan berlarutan….hancur jadi nyer..kesian jugak kan…bukan senang utk menjana insan terbilang!!!

Monday, June 21, 2010

Celoteh 61 : The Apple Tree

Email nie Induk terima dari rakan lama Induk si Rafidah…so Induk nak kongsi ngan korang sume…korang hayati ler sendiri….terharu Induk bila baca story nie….tq Ida..

 

A story related to everyone of us !!!!

 

apple 1

apple tree 3

apple 2

apple 4

apple 5

apple 6

apple 7

apple 8

apple 9

apple 10

apple 11

apple 12

apple 13

apple 14

apple 15

apple 16

apple 17

apple 18 apple 19

apple 20

apple 21

apple 22

 

EVERYBODY HAS AN APPLE TREE IN LIFE.

AND ITS YOUR PARENTS!!

 

apple 23

 

So, you see how important our parents are....the

sacrifices they have made for us...... we can never

deny it............!!!!!

Celoteh 60 : Bertemu semula selepas 20 tahun ( MPKB 88-90) Part 1.

 

Induk nak kongsi perasaan Induk dengan korang sumer… Hari Sabtu yang lepas rakan sepengajian Induk 20 tahun yang lalu datang mengunjungi kami sekeluarga. Induk rasa terharu sangat……almaklum la dah abiss belajar dulu terputus hubungan…dan dengan kuasa Allah serta melalui fb kami bertemu kembali….Alhamdullilah…bersambung kembali silaturahim yang sekian lama terputus.

 

 

Rakan kami nie singgah sekejap saja coz mereka ada urusan di Kuala Lumpur…namun walaupun pertemuan tu singkat…tapi Induk & family rasa amat bermakna sekali…Kalau dulu kita orang single lagi..tapi la nie…ada yang dah boleh bermenantu kot…anak-anak sume dah besar-besar….x sangka kan…sempat jugak kita orang usik mengusik…mana ler tau kot-kot boleh berbesan la pulakkkk…ha..ha..ha…dan dah semesti nyer kan…dalam masa 20 tahun macam-macam benda boleh berubah….kalau dulu slim2 sumer…tapi la nie…terlebih2 ler slim nyer..he..he..Bak kata rakan Induk…kalo naik setahun 1 kg…dah tak jumpa 20 tahun tu…bertambah 20 kg tu…kira ok lorrr….ha..ha..ha…

 

Alhamdulillah…tengok ler senyuman dia orang nie…rakan sepengajian dan satu kelas 20 tahun yang lalu…Buat Nezam…Aisyah & Jaliah…kunjungan kalian amat kami hargai…moga kita bisa bertemu kembali…

Sunday, June 20, 2010

Celoteh 59 : Majlis Penutup SUKMA 2010 di Melaka

 

Minggu nie Induk & family habiskan masa kami di Majlis Perasmian Penutupan SUKMA 2010 di Stadium Hang Jebat, Melaka….Kita orang tak rancang untuk ke Majlis nie tapi dek kerana termakan ajakan kengkawan…blogger gak kawan Induk nie…Acikkaw….http://acikkaw.blogspot.com. Kita orang gerak dari rumah jam 8.30 malam dan sampai kat stadium tu jam 9.30 malam…Sampai sana Induk tgok dah jem…penuh sesak…kena parking jauh dan menapak utk masuk ke stadium…hu..hu..jauh gak jalan…naik tangga stadium lagi…adeiiii!!!!!!

 

Masuk kat stadium….majlis perasmian penutupan belum mula lagi…..sempat ler Induk dengar Cik Dyg Norfaezah kita nyanyi 2 –3 lagu….sambil tu…Induk dok snap gambar sana sini….kat atas nie…gambar obor yang menyala sepanjang kejohanan berlangsung….

Meriah gak Induk tengok majlis penutupan nie…macam2 versi tarian ada…orang Melaka memang cukup pandai bab2 nie…majlis nyer pun tersusun dan teratur ….YAB Perdana Menteri kita pun turut sama hadir dlm majlis nie…

Tarian kat atas nie kalau x silap Induk …dari negeri Pahang coz SUKMA akan datang akan diadakan disana…

 

Juara SUKMA 2010……..negeri TERENGGANU….syabas dan tahniah kepada peserta-peserta dan orang GHANU atas kejayaan cemerlang korang!!!!

 

Masa nie kita orang dok layan pertunjukan bunga api…he..he…macam tak pernah tengok la pulakk ye…bukan apa saja memeriahkan majlis nie…

 

 

Nie salah satu gambar  bunga api yang sempat kita orang shot….sambil tu dpt jugak meningkatkan kemahiran fotografi…dok petik2 camera NIKON dengan lens 70-300……he..he…pic2 nie nanti Induk nak tunjuk kat sifu Induk…abg myram & abg poning……

Ribut sekejap apabila beratus-ratus belon jatuh kat seat kita orang….ha..ha…ha….

 

Induk bersama acik Induk  yang meracun kami untuk bersama2 family dia org bagi memeriahkan majlis nie….belon2 nie kami  dpt coz dia jatuh betul2 atas kepala kita orang….beratus2 pulak tu…he..he..he…sempat ler Induk jadi kanak2 sihat jap….

 

Anyway….tahniah kepada pentadbiran dan warga negeri Melaka yang bertungkus lumus dalam menjayakan SUKMA 2010 nie…korang memang best…& kita orang pulakkkk jam 2.30 pagi baru sampai rumah…..yg pasti malam minggu nie kita orang lalui dengan seribu keseronokkan…

Saturday, June 19, 2010

Celoteh 58 : Seketika di Pantai Klebang, Melaka

Hari  SABTU lepas…Induk & anak-anak buah Induk ronda-ronda di Melaka Bandaraya Bersejarah…Kita orang pi cuci mata & shoping kat Mahkota Parade..On the way back…kita orang singgah kat Pantai Klebang…Ingatkan nak ambil angin pantai …. ramai giler orang hari tu…masa tu SUKMA baru nak mula…ada pembukaan SUKMA malam tu…

DSC_4504

Kita orang pun berjalan-jalan kat tepi pantai…ambil angin petang…tapi yang membuatkan Induk kecewa ialah…yang ramai kat tepi pantai tu…bukan warganegara Malaysia…tapi warganegara Vietnam & Bangla...…alahai….sepanjang2 pantai tu..dia org dok bersusun kat tepi tu…tengok orang macam nak telan!!!! hheeeeee…

DSC_4510

Induk rasa x selesa dan seperti melancong di negara lain… so…kita orang undur diri…!!!

 

DSC_4480

Singgah kejap bawah pokok besar tepi jalan…hilangkan dahaga…& makan-makan petang..!!! Makan mee kari…rojak & ada bakso jugak…mmm…sedap!!!!!

 

DSC_4520

Sambil-sambil makan pandang kiri kanan…pemandangan masih sama…kat gerai tu…ada dua group jer macam org Malaysia…yg lain..warga Bangla & Vietnam…( Induk dgar bahasa dia cakap ) .Nak masuk kereta..terpandang sesuatu yang Induk rasa kurang sesuai…huh!!!x sesuai langsung laa….tak ada tempat lain ker nak berniaga…cuba kau orang tengok gambar kat bawah nie…tak tau laa apa pandangan korang…….

 

DSC_4493

 

Tandas yang terdapat kat tepi jalan…&  belakangnya pantai……

 

 DSC_4492

 Induk rasa tak sesuai sangat….sesangattttt kalau jual jajan2 kat dalam tandas nie…heeeee….x lalu Induk !!!! sorry ye org Melaka…tapi Induk suka round2 kat Bandar Melaka nie…banyak shoping & bandar dia cantik!!!

Friday, June 18, 2010

Celoteh 57 : Blogger2….Bahaya Menanti Anda !!!!

 

SHAH ALAM – Gara-gara leka menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010, seorang pensyarah, adik lelaki dan bapanya langsung tidak menyedari kehadiran empat penjenayah yang menceroboh masuk rumah mereka, dalam kejadian di Jalan Kasturi 2B, Bukit Beruntung, Hulu Selangor, awal pagi semalam.

 


Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, empat penjenayah yang bersenjatakan parang dan tiga daripadanya dikatakan menutup muka dengan sapu tangan, terus menyerbu ke arah tiga mangsa terbabit sebelum mengikat tangan mereka.

 


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, tiga mangsa terkejut bagaimanapun tidak sempat berbuat apa-apa dan terpaksa mengikut arahan penjenayah terbabit. Orang ramai yang mempunyai maklumat , diminta tampil menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis atau terus hubungi 03-60641222 bagi membantu siasatan.

Sumber : Sinar Harian

 

 

Ulasan Induk :

Korang kalau nak menonton tu…pastikan sume pintu & tingkap berkunci ekk…korang baca post kat atas tu…apa dah jadi…sekarang nie macam2 hal boleh berlaku…nasib baik  ler penjenayah tu x buat tabiat ..membunuh ker…kelar ker..tikam ker…eeeee…seram ler Induk…!!!eh!!!dah kena samun pun ada nasib baik lagi…..yg pasti Induk simpati ngan keluarga nie…ya laa…kat rumah sendiri kan…!!!!tak sangka laa pulak ada tetamu x diundang….so lain kali berhati2 ya…ingatan nie untuk Induk  & korang sume jugak……

 

Celoteh 56 : Peluang namakan anak kucing Parsi milik Perdana Menteri Malaysia…

2404938640_b1e2595522[1] Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan cadangan nama bagi anak kucing yang dibelinya kelmarin.


“Saya dan keluarga saya dalam proses memilih nama baginya, tapi saya mengalu-alukan cadangan daripada anda,” katanya dalam laman blognya www.1malaysia.com.my semalam.

Perdana Menteri berkata, beliau pernah membela kucing sebagai binatang manjaan.


“Bila saya mengangkat si kecil ini, saya terus terpaut kepada makhluk yang sedap dipeluk ini.


“Saya pasti anak perempuan saya akan gembira bertemu dengannya bila pulang ke rumah nanti,” katanya.


Najib berkata, semasa berada di majlis pelancaran kempen ‘Beli Barangan Malaysia’, beliau berkesempatan membeli beberapa barangan peribadi dan antaranya ialah pembelian tanpa dirancang: seekor anak kucing Parsi berbulu jingga dan putih.

 

Ulasan Induk :

Korang yang berminat ngan kucing-kucing nie boleh ler suggestkan nama anak kucing PM kita nie…mana ler tau dia perkenan lak…or..kalau dia pilih nama yg korang suggest tu..bleh dpt keta x sebijik….kalo cam tu Induk pun nak cuba ….try…test lah!!!!hu..hu…jom layan!!!!!!!!!!!!!!!!! Induk suggestkan nama kucing  dia Pppp  Mmmm stand for Persian Malaysia……ok x geng….!!!

Celoteh 55 : Blogger2 …kita boleh menggoncang dunia!!!!!

 

KUALA LUMPUR - Kewujudan dua juta blogger membuktikan media massa di negara ini bebas menyiarkan pendapat dan kritikan masing-masing, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.


Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat, semalam, bahawa dengan perkembangan teknologi maklumat, peluang untuk mana-mana pihak bersuara dan memberikan pandangan masing-masing tidak pernah disekat kerajaan.


“Kita boleh lihat sekarang, media massa terutamanya media alternatif, perkembangannya semakin rancak dengan adanya perkhidmatan jalur lebar.Dilaporkan terdapat kira-kira dua juta blogger di negara ini yang bebas melaporkan pandangan mereka dan ini mencerminkan kebebasan media di negara ini,” katanya menjawab soalan Teng Boon Soon (BN-Tebrau) yang ingin tahu sama ada kebebasan media massa di negara ini masih terhad seperti yang dilaporkan kajian Freedom House dari Amerika Syarikat yang mendakwa media di Malaysia belum bebas.


Rais berkata, Malaysia kini mempunyai 76 akhbar harian termasuk milik pembangkang, 151 saluran televisyen satelit, sembilan saluran televisyen tidak berbayar (milik kerajaan dan swasta) dan 53 saluran radio.
“Ini tidak termasuk IPTV (Internet Protocol Television) yang sedikit masa lagi akan menjadi lumrah dengan adanya perkhidmatan jalur lebar,” katanya. - Bernama

 

Ulasan Induk :

Waa….blogger….x sangkakan???rupa2 nyer apa yang anda tulis menjadi perhatian semua…adakah kita sedang dipantau???teruskan perjuangan anda….he..he

Thursday, June 17, 2010

Celoteh 54 : Bos….!!!! Adakah saya kurang sopan????

 

 

          boss bos 2

 

BEIJING: Panggilan bos kepada ketua sebenarnya tidak menunjukkan rasa hormat kepada individu berkenaan sebaliknya ia amalan kurang sopan yang bertentangan dengan budaya Melayu.

 

Penasihat Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) Prof Emeritus Abdullah Hassan berkata, menggunakan panggilan bos terhadap ketua semakin meluas dan membimbangkan kini.

 

“Panggilan bos adalah perkataan main-main yang sebenarnya tiada langsung erti hormat seperti yang digunakan dalam lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee untuk bergurau dengan ketuanya,” katanya kepada Bernama.

 

Beliau terpanggil untuk menyuarakan perkara itu kerana penggunaannya kini semakin meluas dan digunakan pelbagai golongan termasuk penjawat awam kepada ketua jabatan, wakil rakyat, malah kepada menteri sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, lebih manis atau berbudi bahasa sekiranya panggilan itu ditukarkan dengan menggunakan panggilan Tuan untuk ketua lelaki atau Puan untuk wanita.

 

Presiden PPBMM Prof Madya Hashim Othman turut menyokong perkara itu dengan meminta masyarakat Malaysia tidak menggunakan panggilan bos kepada ketua atau orang atasan bagi membuktikan rasa hormat dan ikhlas kepada individu berkenaan.

 

Katanya, perkataan bos lebih sesuai digunakan sekiranya seseorang ingin memperkenalkan ketua mereka atau seseorang yang dihormati kepada orang lain.

 

PPBMM berada di China untuk menghadiri Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa Melayu di Beijing Laurel Hoteli. - Bernama

Artikel : My Metro

 

Ulasan Induk : mmmm…membaca artikel nie…membuatkan Induk termenung seketika….Induk telah bekerja dibawah seliaan beberapa orang bos….silih berganti….dan itu lah panggilan yg Induk gunakan…rasanya macam mesra jer panggilan tu…tak tau laa pulak cam nie cite nyer…he..he…sorry Bosssssssss…….!!!!!

Wednesday, June 16, 2010

Celoteh 53 : Aneh !!!!! 20 Telur Berdiri di Kuching & Batu Berdiri di Bukit Kutu,Kuala Kubu Baru.

 

KUCHING: Sekumpulan murid Tadika Padungan di sini, semalam tercengang melihat fenomena telur berdiri di atas permukaan lantai yang rata tanpa bantuan sebarang peralatan.

 

PELIK...kanak-kanak kagum melihat telur tidak bergolek.
PELIK...kanak-kanak kagum melihat telur tidak bergolek.

 

Kejadian itu juga membuatkan ibu bapa yang menunggu anak masing-masing terpegun melihat keganjilan kira-kira 20 biji telur berdiri.
Difahamkan, telur berdiri itu sebahagian daripada usaha Tadika Padungan untuk mendedahkan murid mengenai fenomena alam yang biasanya berlaku ketika gerhana matahari.


Sebenarnya situasi seperti itu bukan perkara baru atau ajaib, malah berdasarkan fahaman saintis, ia ada kaitan dengan faktor graviti.
Berdasarkan pendapat saintis, di antara matahari dan bumi terdapat garis medan gravitasi yang mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadi stabil, sekali gus membolehkannya berdiri tegak.
Difahamkan, kejadian itu hanya berlaku antara jam 12 hingga 1 tengah hari berikutan graviti bulan dan matahari dalam keadaan sejajar.

 

 

image

Gambar di atas nie pula adalah satu pemandangan pelik yang dijumpai oleh hb Induk ketika dia dan rakan2 nya  menjelajahi Bukit Kutu, Kuala Kubu Baru baru-baru ini…Induk tanya gak kat hb Induk…x ada yang tolak batu nie bagi jatuh ker….he..he…sume yang lalu tu..tengok jer…x sorang pun yang usik batu tu…terkedu kot dia orang nie…macam kanak2 yg tengok telur kat atas tu!!! Sebenarnya sampai hari nie Induk pelik bila tengok gambar batu nie…tapi bila Induk baca kisah telur kat atas tu…baru laa Induk faham….fenomena sains agak nyer  or ada orang halimunan yang tegakkan batu nie!!!!!??????Korang pie blog nie kalau nak tahu lebih lanjut tentang Bukit Kutu nie…

Celoteh 52 : Projek Pokai di Berjaya Times Square

 

Ahad yang lepas…ingatkan nak bawa anak2 buah pi ronda2 ke Melaka Bandaraya Bersejarah….hari Sabtu tu..Induk pi survey tempat nak bawa dia org nie…tp…hari tu bandar Melaka jem giler….lupa lak…ada SUKMA…hu..hu..nak sampai ke Mahkota Parade….berjam2…so kita org batalkan  program ke Melaka pd hari Ahad tu…tukar program…pi Key Ell lak…!!! ikut ragam bebudak nie…Induk….kito poie Berjaya Times Square lah!!!!! tak fikir panjang….Induk jawab….jommmmmm!!!!!!! Kita orang pi seramai 17 orang….+ bebudak & orang tua…he..he..cam rombongan skolah la pulakkk…

DSC_4546 DSC_4542

Sampai je kat Mines….dia orang dah bising nak makan dah….lapar laa

pulakkk….so layan KFC…tengok ler tu…tersengih!!! makan KFC….

DSC01541

ha…..nie la tempat yg anak2 buah Induk target…..COSMO’S WORLD theme park….!!!!!! Ramai gak orang hari nie…Ahad pulak tu…tapi jalan nak ke KL x jem laa pulak ari nie…

DSC01532

 

 Beratur beli tiket…..kau orang tau????Cekik darah betul theme park nie….Harga tiket…..RM 37 untuk dewasa….RM 27  kanak2….perhhhh….memang cekik darah betulll la dia orang nih!!!! yang Induk x puas hati giler2 tu…dewasa & kanak2 bukan diukur pada umur kat IC…tapi ikut ketinggian….anak buah Induk si Umi…Tahun 5…kena bayar tiket dewasa…coz tinggi macam org dewasa…heeeee….geram Induk…..tah mana punya law dia ambik tah!!!! Pass tu dia kata…kalo ada Mesra kad ker..Jusco ker…bleh dpt discount….nasib baik ada Jusco kad…dpt ler discount RM 6 seorang….hu…hu…masih mahal gak lagi…..so tiket jer….kat RM 400….!!! mmm…meleleh peluh eden nak bayar duit tiket tuh!!!! (sib baik ada bwk org bank sekalikk!!!!) he..he…tg B.Long….

 

DSC01557

 

  Dah bayar tiket……dapat ler tag nie…….tersenyum2 sakan anak2 buah Induk…..oh ya….Induk…hb induk…kak long & bang long x masuk…kita orang ada projek lain….shooping dah melambai2 kita orang…he..he..

 

DSC_4555

 

Ni ler group yang nak pi theme park sangat nih…..buat kerja sikit tapi upah nak berbaloi – baloi!!!!isk2 dia orang nie…..sebenarnya dia org ni minta upah basuh pinggan & kemas rumah masa rumah kita org kenduri hari Jumaat tu…

 

DSC_4619

       Nie…anak2 buah Induk yang kecik2…yang besar2 dah hilang layan game yang lain2 kot…

 

DSC_4597

Seronok betul dia orang nie….tak apa laa…sesekali dapat cam nie…selalu tu bercuti kat tempat free jerr….tepi pantai & kat air terjun & bawah gunung jer…

 

 

DSC01548

Sambil tunggu dia orang kat dalam theme park tu….kita orang dok layan  kopi kat Starbuck…..he..he…kalau dia orang tau…mesti jeless sakan nih!!!! Induk pulakkkk….kasi angkat kasut SEMBONIA lerrr….apa lagi!!!!!

 

DSC_4696 Ada orang tu…dok usha camera NIKON nie…..berangan2 dulu x apa beb….RM 23 000.00 nih!!! 

 

 

DSC_4713 Induk pulakkk dok belek2 benda alah nie…Sony Vaio…..kecik jer…bleh masuk poket or simpan dalam handbag jer….huh….rasa nak beli masa tu jerrrrkkkk!!!!senangkan kalo ada nie…bleh update blog bila2 masa jerr…he..he..

DSC_4730

Mmmmm……selesai satu hari….TQ Kuala Lumpur….kerana berjaya memPOKAIkan kita orang….tapi yang pasti nyer…..kita orang GUMBIRA!!!!!!!