Wednesday, August 26, 2009

Celoteh 10 : Sayu hati induk

Saja nak berkongsi cerita bersama anda semua....dua tiga hari nie...induk agak sendu melihat mak induk...penghidap kencing manis dan beberapa penyakit lain yang agak kronik...permulaan ramadhan...biasa lah...bersemangat sekali mak induk hendak berpuasa..walaupun induk tengok mak induk macam x larat je...sebenarnya mak induk ni terpaksa mengambil ubat dan insulin sebanyak 4 kali sehari...mungkin bila dia tengok cucu-cucu dia...iaitu anak-anak buah induk yang tinggal serumah sibuk berpuasa walaupun masih kecil lagi....hari pertama...induk tengok dia ok...walaupun kami terpaksa sentiasa mengurut dia...sakit dada lah...kaki lah!!! namun dia dapat menghabiskan puasanya dan sama-sama berbuka dengan kami kerana semua adik beradik induk balik dan berbuka bersama-sama...hari kedua puasa dan hari ketga puasa...induk tengok mak induk masih ok...masih nak berpuasa walaupun lepak habis....masuk hari keempat...induk ingatkan mak induk masih larat berpuasa...dan habis waktu kerja..induk membelikan beberapa juadah kegemaran mak...selesai menghidang juadah di rumah induk...induk berkejar kerumah mak induk yang lebih kurang 1 km jauhnya dari rumah induk...waktu tu dah nak berbuka....buka aje gate rumah dan baru nak matikan enjin kereta...anak-anak buah induk dah menjerit...!!!induk!!!cepat...wan sakit!!!dah x larat...muntah-muntah dan buang-buang air dalam bilik...hu...hu..induk pun masuk rumah..dan tengok mak induk dah x bermaya...dah x larat nak bangun...dan induk dengan rela hati terus mengemaskan segala yang patut...menukar pakaiannya...dan mengurut-urut untuk melegakan dia..puas induk pujuk...kalau dah x larat tu..x yah lah poso..mak oii...tu lah dia orang tua...untuk orang muda cam kita ni...rasanya beramallah sementara muda dan semasa masih larat lagi....yang buat induk sayu sehingga ke hari ini ialah bila mak induk tanya....tak loya ke kau bersihkan den punya.....nie...minta maaf lah yo...den x larat nak poi tandas!!!mmm...masa tu induk x jawab apa-apapun tapi yang pastinya air mata induk meleleh keluar...mak!!!induk sayang mak!!!

Celoteh 9 : Cerita biasa

Selamat berpuasa…agak lama induk tidak melayari blog nie..bukan apa…tapi kerana x berkesempatan…sibuk bona…he..he..lagipun x ada yang menarik untuk induk ceritakan cuma cerita biasa….kehidupan seharian….minggu lepas induk menghadiri satu majlis di sebuah hotel selama 3 hari...…majlis apa???entahlah…sebenarnya induk sendiri rasa macam x sedap hati nak ke majlis tersebut coz induk rasa ramai lagi kengkawan induk yang lebih layak….ramai lagi rakan-rakan dan abang-abang senior yang sepatutnya lebih diberi penghargaan….namun….induk terpaksa menurut perintah…terima kasih boss…atas penghargaan tersebut….untuk hari ini dan hari-hari mendatang induk akan cuba untuk sentiasa memberi yang terbaik…insyallah..

Thursday, August 6, 2009

Celoteh 8 : Kuasa internet dan sms

Diam x diam sepanjang induk x berapa sihat itu hari...terlalu banyak perkhabaran dan berita yang induk dapat dan induk hendak ulas tetapi kesihatan induk x mengizinkan...jadi hari nie induk ambil masa sikit untuk mengulas perkhabaran dari rakan-rakan induk yang x berapa sedap didengar iaitu penyalahgunaan email...fotobook dan sms...Pada pendapat induk kecanggihan benda-benda ni memang sesuai jika tidak disalahgunakan tetapi telah menjadi sebaliknya apabila disalahguna oleh insan-insan yang mempunyai akal tetapi tidak pandai memanfaatkan anugerah ALLAH yang tidak ternilai ini...

Peristiwa 1...suami kepada rakan induk punya rakan mula belajar menggunakan facebook dan saling menghantar gambar dan berita melalui kenalan mayanya...pada awalnya dia selalu menceritakan siapa kenalan mayanya itu kepada si isteri..tetapi lama kelamaan dia semakin merahsiakan siapa kenalannya itu dan si isteri beranggapan si suami telah mula malas mengadap komputer dan dia pun x ambil kesah...nak jadi cerita...sejak itu perangai suami berubah sama sekali...menjadi pemarah dan pembengis...dan seringkali dilihat berbalas-balas sms dan hphone sentiasa dalam genggaman...rupa-rupanya dari suka-suka ...suami rakan induk nie telah jatuh cinta dengan rakan mayanya yang bermula dengan facebook...email...sms dan berbual melalui hphone...dan berita terkini yang induk dengar...dia telah menceraikan isterinya dan meninggalkan 5 anak dan telah berkahwin dengan rakan mayanya itu!!!!!dimanakah pertimbangan si suami????? dimanakah diletakkan akal fikirannya????sehingga kini induk masih memikirkan....hebatnya kuasa internet dan sms ni ya!!!nanti induk sambung lagi...

Celoteh 7 : Gaya Hidup Sihat

Alhamdullilah....setelah mengalami perasaan tak tentu arah...keluh kesah dan sendu sepanjang 2 minggu nie...kini induk dah ok...walaupun semalam induk buat proses perubatan sendiri iaitu berbaring sepanjang hari di tilam induk yang x berapa empuk tu...hari nie induk pergi kerja dengan perasaan yang x tau nak kata...macam fresh sangat...betul lah kata orang...sakit ni..kalau diikutkan kita akan bertambah lemah...jadi sepanjang hari semalam ...induk duduk memikirkan apa masalah induk...kurang bermotivasi...lesu...lemah...jadi sebenarnya penyakit induk sekarang nie disebabkan induk dah terlebih masuk zon selesa...pada pendapat induk..kalau dah selesa sangat nampaknya induk kena berubah!!!!kebelakangan ini sebenarnya induk dah lama x excersise...balik je kerja induk terus lepak maut...kononnye letih sesangat...walaupun sepanjang waktu di pejabat induk hanya mengadap komputer sepanjang hari..JADI PERUBAHAN INDUK ialah...induk kena mula balik jogging....induk kena mula memunggah pasu-pasu orkid induk yang macam hidup segan mati x mau tu...mencangkul rumput di halaman rumah....ya lah...dulu balik je kerja ini lah tugas2 induk yang sedia menanti...tetapi dah lama induk tinggalkan...dan satu lagi induk kena tingkatkan mitivasi induk....mulai hari ini azam induk ialah menjalani GAYA HIDUP SIHAT!!!!!!untuk kengkawan induk...lepas ni no more...mamak tandori dan tom yam malam-malam kkk....